fbpx

Bertanding atas tiket sendiri, bukan pandangan rasmi UMNO – Azalina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZALINA ketika hadir Majlis Pelancaran Semarak Malaysia Merdeka Ke 66 Peringkat Parlimen Pengerang di Dewan KEJORA Bandar Penawar, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Persoalan sama ada parti UMNO boleh mempertimbangkan bertanding atas tiket sendiri pada pilihan raya selepas ini berbanding menggunakan logo Barisan Nasional (BN) adalah satu pandangan peribadi sebagai ahli UMNO.

Ketua Penerangan UMNO merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kenyataannya itu bukanlah satu pandangan rasmi UMNO ataupun BN.

“Ini pandangan saya sebagai ahli UMNO bukan pandangan rasmi UMNO mahu pun BN. Saya hanyalah ketua penerangan dan saya menekankan bahawa ucapan saya itu daripada mula mengucapkan tahniah kepada pucuk pimpinan BN. Saya juga menegur ahli parti UMNO saya yang mana kadang-kadang bila nak mendapat watikah itu boleh menangis-menangis, berterima kasih dan memuja, memuji. Saya hanya tegur parti saya sendiri kalau parti lain terasa saya minta maaf.

“Saya juga mengajak sahabat politik saya bahawa dalam politik ini dalam pertandingan ada menang ada kalah dan saya mengingatkan mereka dua perkara bahawa kalau kita kalah kita perlu muhasabah diri dan perlu bergerak ke depan.

“Yang keduanya saya memaklumkan tentang cabaran digital. Jadi kalau orang tak baca menyeluruh hanya baca pada bahagian yang terakhir sahaja kemudian mereka menganggap bahawa itu pandangan rasmi UMNO maka itu tak boleh,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Semarak Malaysia Merdeka Ke 66 Peringkat Parlimen Pengerang di Dewan KEJORA Bandar Penawar, hari ini.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, UMNO sebagai parti demokrasi ada syarat dan pertandingan selain membenarkan ahlinya memberikan pandangan tetapi perlulah pandangan yang betul.

“Kalau setakat nak maki hamun itu bukan pandangan. Saya juga melihat sebagai ahli parti UMNO yang mana saya tekankan dalam artikel saya bahawa demokrasi ini menjadi keutamaan.

“Jadi tegur menegur itu perkara biasa kalau orang tak suka pada kepimpinan tak suka pada saya itu hak mereka untuk menegur dan saya juga ada hak saya untuk menegur pada sesiapa tetapi tak mungkin bila kita nak menulis tiba-tiba banyak orang mempunyai pemikiran yang seolah-olah UMNO nak bergerak ke kanan ataupun ke kiri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI