fbpx

Bapa Baddrol Bakhtiar meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Baddrol bersalaman dengan bapanya sewaktu PRN Kedah baru-baru ini.

SUNGAI PETANI – Bapa kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar meninggal dunia awal pagi tadi.

Allahyarham Bakhtiar Mat Isa, 66, menghembuskan nafas terakhir di rumah Baddrol yang juga anak keempatnya itu di Cinta Sayang Resort Villa di sini kira-kira pukul 6.04 pagi tadi.

Kematian bapa kepada enam orang anak itu dimaklumkan menerusi akaun rasmi media sosial bekas pemain bola sepak kebangsaan itu yang baharu sahaja dipilih sebagai wakil rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) pada 12 Ogos lalu.

Makluman pemergian bapa Baddrol dimuat naik menerusi Facebook.

Difahamkan Baddrol telah menemani bapanya mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) beberapa hari lalu dan selepas menjalani pembedahan penyakit angin pasang, arwah dibawa pulang ke kediamannya.

Besan arwah, Mustafa Khalid Hanafi, 62, berkata, jenazah akan dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Al-Muttaqin, Taman Ria sebelum dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di pekarangan Masjid Al-Busyra, Merbok selepas solat zuhur hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI