fbpx

Saman tembak laju dilaksanakan di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan saman tembak laju atau saman ekor kepada mana-mana pengguna kenderaan yang memandu melebihi had laju berkuat kuasa, semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd. Nasri Omar berkata, penguatkuasaan saman tersebut telah dimaklukamkan kepada semua kontinjen dan daerah.

Tambah beliau, tindakan yang dilaksanakan ini adalah bagi memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan di dalam negara.

“Kita (trafik) akan menggunakan kamera tembak laju bagi merakam mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar had laju yang ditetapkan.

“Saman kompaun sebanyak RM300 akan dikenakan kepada mereka yang dikesan” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Nasri, memandu melebihi kelajuan adalah salah satu punca utama kemalangan jalanraya di negara ini di mana pemandu gagal mengawal kenderaan lalu berlaku hilang kawalan.

“JSPT menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

“Kerjasama daripada orang ramai diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran ke atas kepentingan menjaga keselamatan diri dan orang lain,” katanya.

Untuk rekod, saman tembak laju atau saman ekor melibatkan pesalah jalan raya yang memandu melebihi had laju kemudian akan diberikan saman melalui pos menerusi notis K170A. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI