fbpx

Portfolio Exco diselaraskan dengan kementerian Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin pada sidang akhbar selepas majlis perhimpunan penjawat awam hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan menyusun semula bidang tugas atau portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Selangor agar selaras dengan Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini memastikan kelancaran tugasan Exco apabila perlu berurusan tadbir dengan kerajaan Persekutuan.

Katanya, terdapat beberapa kementerian baharu di peringkat Persekutuan seperti melibatkan kos sara hidup dan perubahan iklim.

“Kita terpaksa selaraskan balik sesuai dengan peringkat persekutan dan ini adalah perkara kita cuba adaptasi ( agar seiring dengan Kerajaan Persekutuan).

“Saya akan berbincang dengan pihak pimpinan utama diikuti petang atau malam nanti bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memuktamadkan senarai (portfolio Exco) tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis Perhimpunan Penjawat Awam, di sini, hari ini.

Semalam, seramai 10 Exco mengangkat sumpah termasuk tujuh muka baharu di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Amirudin menjelaskan, beliau mempercayai kepimpinan barisan baharu Exco tersebut dalam membantu pentadbiran kerajaan negeri bagi penggal baharu ini.

“Berhubung Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, insya-Allah akan dimaklumkan selepas sambutan Hari Malaysia,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI