fbpx

Mahkamah: Pejawat awam tipu tender RM130,000 direman 6 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (kiri) dibawa keluar selepas direman enam hari di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang penolong tadbir kanan sebuah jabatan kerajaan negeri Terengganu direman selama enam hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan menyalahgunaan kuasa melibatkan pemberian tender bernilai kira-kira RM130,000.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Suspek berusia 59 tahun disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Kosmo! hari ini melaporkan sumber SPRM berkata, lelaki itu disyaki memberi 70 perolehan pembaikan kenderaan jabatan kepada syarikat milik isterinya.

Beliau berkata, suspek dipercayai telah mengesyorkan kerja-kerja pembaikan kenderaan jabatan berkenaan kepada bengkel dimiliki sebuah koperasi yang mempunyai kepentingan dengan dirinya.

“Lelaki itu merupakan ahli lembaga koperasi merangkap setiausaha jawatankuasa perdagangan koperasi tersebut. Siasatan awal percaya semua transaksi pemberian tender berkenaan dilakukan pada tahun 2021 dan 2022,” katanya.

Sebelum ini, suspek dan isterinya ditahan sewaktu memberi keterangan di Pejabat SPRM Terengganu di sini, pukul 11 pagi semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI