fbpx

Bayi hidap penyakit jarang jumpa perlu ubat sokongan RM2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketika ini Sufi Syafrina masih memerlukan bantuan pernafasan dan tiub untuk minum susu.

PETALING JAYA – Seorang bayi berusia tujuh bulan, Sufi Syafrina Mohd. Shafiq yang menghidap Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1, memerlukan dana berjumlah RM2 juta untuk mendapatkan ubat sokongan Spiranza.

Bapa bayi itu, Mohd. Shafiq Idrus, 38, ubat tersebut bertujuan menguatkan saraf otot, sementara dana untuk suntikan Zolgensma berharga RM9 juta berjaya dikumpul.

“Pakar maklumkan, untuk rawat penyakit jarang jumpa ini, ubat Zolgensma perlu diambil sebelum usia Sufi mencecah dua tahun.

“Kini dana terkumpul sekitar RM80,000, nak capai RM9 juta akan mengambil masa. Jadi saya sasarkan dalam masa terdekat untuk dapatkan Spiranza terlebih dahulu sebab lebih murah.

“Saya merayu kepada orang ramai dan semua pihak untuk tampil membantu bagi mencu­kupkan dana tersebut,” katanya.

Mohd. Shafiq yang bekerja sebagai pembantu di ladang lembu dengan gaji RM1,800 sebulan berkata, buat masa sekarang anak bongsu daripada tiga beradik itu terpaksa bergantung dengan ubat sokongan Risdiplam yang berharga RM40,400 sebulan.

“Ubat sokongan itu memang mahal sebab itu kos bulanan untuk penjagaan keseluruhan Sufi mencecah RM58,000 sebulan.

“Ia temasuk kos untuk lain-lain keperluan seperti susu dan tiub yang perlu ditukar antara tiga ke empat kali sehari.

“Mujur ada sumbangan orang ramai dan pelbagai pihak, dapatlah saya tampung kos tersebut untuk kelangsungan hidup Sufi,” ujarnya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh menghubungi Mohd. Shafiq di talian 011-59787879 atau sumbangan terus ke akaun Maybank atas namanya 562021680453.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, dua bayi iaitu Wan Muhammad Naail (Baby Naail) dan Muhammad Athif Fahri turut didiagnosis menghidap penyakit yang sama.

Kedua-duanya berjaya mendapat dana lebih RM9 juta hasil sumbangan orang ramai menerusi kutipan yang digerakkan oleh Yayasan Misi Rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI