fbpx

Usahawan bimbingan INSKEN kaut hasil jualan RM2.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ewon ketika berucap di Majlis Graduasi Program Bimbingan Insken 2023 di Hotel Tenera, di sini, hari ini.

BANGI – Seramai 135 usahawan hasil bimbingan Institut Keushawanan Negara (INSKEN) berjaya mengaut hasil jualan sebanyak RM2.6 juta dalam jangka masa empat bulan melalui Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC).

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick, Program IBCC kali ini mencatatkan pencapaian keseluruhan sebanyak 3.8 kali ganda daripada peruntukan dana yang diberikan oleh kerajaan.

“Pencapaian peserta dalam program kali ini sangat memberangsangkan. Usahawan INSKEN telah berjaya menjana keuntungan yang sangat banyak dan berjaya menyediakan 192 pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia.

“Program IBBC juga berjaya memajukan 12 perniagaan melalui penukaran status perniagaan daripada mikro kepada kecil,” katanya ketika berucap di sidang akhbar Majlis Graduasi Program Bimbingan Insken 2023 di Hotel Tenera, di sini, hari ini.

Tambah Ewon, pencapaian yang memberangsangkan itu merupakan bukti bahawa INSKEN wajar mendapat peruntukan yang lebih besar pada masa hadapan supaya manfaatnya dapat dinikmati lebih ramai usahawan.

“Tahun ini, INSKEN mendapat dana sebanyak RM10 juta daripada kerajaan dan ia wajar digandakan kerana INSKEN bakal melatih dan membimbing bukan sahaja usahawan di Semenanjung, malah di Sabah dan Sarawak pada masa hadapan.

“Kami akan meminta peruntukan yang lebih besar daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam belanjawan akan datang untuk INSKEN supaya lebih banyak usahawan mikro dapat dibangunkan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Encik Muhd Firdaus Azharuddin berkata, semua program yang dijalankan adalah mengikut keperluan usahawan. Selain itu, keberhasilan sesebuah kursus turut menjadi keutamaan INSKEN.

“Melalui program bimbingan seumpama ini, INSKEN dapat mengukur pencapaian sebenar usahawan dan bukannya menjalankan program sekadar melepaskan batuk di tangga.

“Kejayaan para usahawan di bawah program sama juga telah memberi suntikan semangat kepada kami untuk melaksanakan program latihan dan bimbingan agar manfaatnya dapat dinikmati lebih ramai usahawan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI