fbpx

Majikan Malaysia sanggup menggajikan semula bekas pekerja contoh dalam jawatan terdahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majikan di Malaysia berminat untuk menggajikan bekas pekerjanya untuk melaksanakan tugasan baharu. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tiga daripada empat profesional di negara ini mempertimbangkan untuk kembali kepada bekas majikan mereka, menurut tinjauan yang dilakukan oleh firma perunding pengambilan professional, Robert Walters.

21 peratus responden menyatakan peluang kerjaya sebagai faktor utama, manakala 20 peratus mengutamakan pakej gaji yang lebih baik dan pertukaran kepimpinan sebagai faktor buat mereka untuk mempertimbangkan kemungkinan kembali kepada bekas majikan.

Robert Walters dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, dari enam negara di rantau Asia Tenggara yang ditinjau, Malaysia menyaksikan jumlah responden paling ramai (32 peratus) yang masih mengekalkan hubungan dengan majikan lama untuk peluang kerjaya masa depan. 

27 peratus responden berhubung dengan bekas majikan secara aktif dalam masa dua tahun yang lalu, dan 19 peratus profesional melakukannya untuk merebut peluang pekerjaan pada masa depan.

Hanya 14 peratus responden berkata mereka telah ‘menutup pintu’ dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan bekas majikan.

Sementara di keseluruhan rantau ini, Malaysia (80 peratus) hanya berada di belakang Filipina, yang mana 83 peratus daripada majikan menggaji semula bekas pekerja mereka.

Ketua Robert Walters Malaysia, Ai Rene Tan berkata, majoriti majikan di Malaysia sanggup menggaji semula bekas pekerja untuk tugas baharu, terutamanya jika mereka merupakan pekerja contoh dalam jawatan terdahulu.

“Ini menunjukkan keterbukaan majikan Malaysia dalam membuka semula pintu kepada bekas pekerja selagi mana mereka mempunyai kualiti dan kemahiran yang diperlukan. 

“Ketika saya menasihatkan agar majikan berinteraksi dengan bekas kakitangan, penting untuk mereka mempertimbangkan latihan kepada pengurus mengenai pelaksanaan proses keluar yang positif. 

“Menerima konsep pekerja ‘boomerang’ boleh menawarkan solusi untuk menyelesaikan masalah kekurangan bakat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI