VIDEO empat individu mengasari seorang amah selepas didakwa memukul anak majikannya yang masih kecil dalam satu kejadian di Johor Bahru minggu lalu terus mencetus pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Video memaparkan majikan menampar dan menumbuk wanita itu sehingga kedengaran suara tangisan itu turut disifatkan sebagai tindakan keterlaluan. Dalam konteks ini, setiap pekerja asing layak dilayan secara berperikemanusiaan yang mana jika mereka terlibat dengan kesalahan tertentu, ia perlu diselesaikan secara tegas tanpa melibatkan kekasaran. Menurut pensyarah Fakulti Syariah dan Undang- Undang…














