fbpx

Pelajar cemerlang SPM antara 3 dituduh rogol kenalan 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang kenalan bawah umur di Mahkamah Sesyen Muar hari ini.

MUAR – Dua pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara tiga yang didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan merogol seorang murid bawah umur pada Julai dan minggu lalu.

Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Ketiga-tiga tertuduh terdiri daripada dua remaja berusia 18 tahun dan seorang lagi tertuduh Muhammad Daniel Haikal Helmi Effero, 20.

Dua remaja tersebut adalah tertuduh pertama dan kedua manakala Muhammad Daniel Haikal, sebagai tertuduh ketiga dengan masing-masing berhadapan dengan satu pertuduhan merogol.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pertama dan kedua didakwa merogol kenalan perempuan berusia 12 tahun dalam kebun sawit di Batu Pahat pada pukul 11.30 malam.

Atas kesalahan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu merogol secara berkumpulan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun.

Muhammad Daniel Haikal pula didakwa merogol mangsa yang sama di sebuah rumah di Batu Pahat pada pukul 8.30 malam, pertengahan bulan lalu.

Tertuduh yang merupakan lepasan sijil kemahiran itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala Muhammad Ammar Zikry diwakili Aqmarul Aqil Ismail.

Aqmarul Aqil Ismail turut mewakili dua tertuduh remaja tersebut, namun hanya sebagai pro-bono untuk jaminan.

Selepas mempertimbangkan hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah membenarkan ikat jamin RM8,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan syarat supaya semua tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan serta tidak boleh mengganggu atau berhubung dengan mangsa serta keluarganya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI