fbpx

2,500 penduduk merana hidu bau air kumbahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Pangsapuri Desa Melayu di Johor Bahru menutup hidung kerana bau busuk limpahan najis yang keluar daripada tangki kumbahan semalam.

JOHOR BAHRU – Seramai 2,500 penduduk Pangsapuri Desa Melayu di sini terpaksa ‘menutup hidung’ selama bertahun-tahun selepas berlaku limpahan air kumbahan berpunca daripada kerosakan loji rawatan kumbahan di kawasan berkenaan.

Penduduk mendakwa, masa­lah itu telah berlarutan sejak enam tahun lalu, namun tiada tindakan penyelesaian diambil pihak berkuasa untuk mengatasi masalah berkenaan.

Kerosakan loji rawatan kumbahan yang terletak kira-kira satu kilometer dari pangsapuri itu te­lah menyebabkan sistem pembetungan najis di rumah penduduk tersumbat hingga menyebabkan air kumbahan melimpah keluar.

Pengerusi Jawatan Kuasa Penduduk Pangsapuri Desa Melayu, Mohd. Ali Mohamed Ibrahim ber­kata, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan untuk menaik taraf fasiliti di kediaman berkenaan, namun belum dilaksana.

“Kita berharap pihak berwajib dapat usahakan untuk membaiki masalah ini secepat mungkin, jika perlukan masa lama carilah satu inisiatif jangka pendek. Mungkin boleh sedut air najis keluar agar tidak terus bertakung di bawah blok seperti sekarang.

“Masalah ini sudah berlarutan terlalu lama dan ia menjejaskan kehidupan masyarakat di Pangsapuri Desa Melayu ini. Masalah ini bukan sahaja bau busuk dan menjijikkan, malah telah menyebabkan kawasan sekitar pangsapuri menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya kepada pemberita.

Seorang penduduk, Suhaimi Hussin berkata, masalah itu telah menyebabkan kehidupan harian masyarakat terganggu.

“Ini sudah dikira sebagai ma­salah pencemaran, jangan kata penduduk, orang luar yang ma­suk ke kawasan ini pun rasa tidak selesa dengan bau busuk yang sangat kuat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI