fbpx

Taman Burung Melaka dibuka semula lepas empat tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAPIAH memasang Jalur Gemilang pada kenderaan MPHTJ selepas pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka. - Foto AMRAN MULUP

MELAKA – Taman Burung Melaka yang terletak berhampiran Taman Botanikal di Ayer Keroh, di sini akan dibuka semula kepada pengunjung bermula Februari tahun depan, selepas ditutup sejak 2019.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata, penutupan dibuat bagi menaik taraf taman itu sejak pengambil alihan pengurusan daripada pihak swasta oleh MPHTJ.

Menurutnya, ia perlu dibaik pulih sepenuhnya selepas beberapa infrastruktur dalam sangkar rosak akibat ditinggalkan begitu lama oleh pengurusan sebelum ini.

Jelasnya, MPHTJ telah melantik sebuah syarikat sebagai operator baharu dari Wildlife yang merupakan pembekal burung di Malaysia bagi mengendalikan semula taman tersebut.

“Bahagian luar taman itu juga telah dinaik taraf dengan fasiliti medan selera baharu bagi kemudahan pengunjung,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MPHTJ dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Kompleks Melaka Mall di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI