fbpx

Nahas Elmina: Pak Din seorang yang ramah – Jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahim (kanan) ketika ditemui Kosmo!, hari ini.

SEPANG – Jiran kepada mangsa tragedi Beechcraft Model 390 (Premier 1) menyifatkan Allahyarham Sharipuddin Shaari, seorang yang sangat peramah.

Abdul Rahim Hussain, 70, berkata, biarpun Sharipuddin baru menetap di Taman Desa Vista sejak penghujung tahun lalu, dia begitu selesa dengan arwah yang suka menyapa jiran tetangga di kawasan itu.

Katanya, Sharipuddin yang lebih mesra dipanggil Pak Din dalam kalangan penduduk di kawasan itu, merupakan orang yang sangat baik.

“Dia (Sharipuddin) orang yang sangat peramah dan suka bersapa dengan penduduk sekitar.

“Setiap kali keluar rumah mesti ada sahaja yang dia akan bersembang untuk bertanya khabar,” katanya kepada Kosmo!, di sini hari ini.

Jelasnya, pemergian Sharipuddin amat mengejutkan dan dirasai penduduk setempat.

“Kita tidak sangka orang yang baru menetap di sini, pergi meninggalkan kami. Harap keluarga Pak Din tabah menghadapi ujian,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! semalam melaporkan, seramai 10 mangsa maut dalam nahas kira-kira pukul 2.48 petang di Persiaran Elmina, Shah Alam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI