fbpx

Nahas Elmina: Keluarga Allahyarham Johari masih tunggu laporan penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan rumah Allahyarham Johari masih lengang dan hanya dipenuhi ahli keluarga terdekat.

PETALING JAYA – Suasana sayu menyelubungi kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun hari ini, berikutan tragedi pesawat terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16, petang semalam.

Kawasan perumahan Allahyarham kini dipenuhi dengan ahli keluarga terdekat yang masih menunggu laporan penuh daripada pihak berkuasa.

Menurut ahli keluarga Allahyarham, majlis pengebumian akan dijalankan secepat mungkin sejurus mereka mendapat kebenaran untuk membawa pulang jenazah.

“Sekiranya ada rezeki, kami akan bawa Allahyarham pulang ke Kemensah untuk dikebumikan bersama ahli keluarga yang lain.

“Namun, jika keadaan tidak mengizinkan kami akan lakukan pengebumian di Seksyen 22, Shah Alam, jika bukan pada hari ini, esok,” kata ahli keluarga Allahyarham, ketika ditemui wartawan di kediamannya di Ampang.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, seramai 10 mangsa maut dalam nahas kira-kira pukul 2.48 petang di Persiaran Elmina, Shah Alam.

Difahamkan, keberadaan Allahyarham Johari dalam pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) tersebut adalah untuk tujuan rasmi kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI