fbpx

Anwar buat lawatan mengejut ke SK Desa Tasik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika melakukan lawatan mengejut di SK Desa Tasik hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan mengejut ke Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan tengah hari tadi.

Menurut Anwar, beliau melakukan lawatan mengejut bagi meninjau keadaan infrastruktur dan fasiliti sekeliling sekolah tersebut termasuk tandas.

“Saya sempat mengadakan lawatan mengejut di SK Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan tengah hari tadi.

“Saya tinjau keadaan infrastruktur dan fasiliti sekeliling sekolah termasuk status tandas yang kini dalam penambahbaikan secara berperingkat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, menjadi harapan beliau warga sekolah khasnya para murid menikmati kemudahan disediakan dalam mewujudkan persekitaran selesa serta kondusif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI