fbpx

Mahkamah: Dituduh amang seksual anak perempuan tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (tengah) dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya di Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya pada awal bulan ini.

Tertuduh yang berusia 38 tahun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia 12 tahun dua bulan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah kawasan lapang di Kampung Kubang Parit di sini pada pukul 2 petang, 2 Ogos lalu.

Lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14(b) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak menawarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 18 September ini.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Fairuz Jusoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI