fbpx

Letupan kuat gegar hadapan pagar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis dan forensik IPK Perlis menyiasat lokasi letupan di hadapan sebuah sekolah rendah di Padang Besar, hari ini.

PADANG BESAR – Suasana tenang di luar sebuah sekolah rendah di sini bertukar kecoh ekoran berlaku satu letupan kuat dipercayai daripada bahan letupan buatan sendiri, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 7.30 pagi tadi.

“Kami menerima maklumat daripada pengawal keselamatan sebuah sekolah kebangsaan yang memaklumkan berlaku satu bunyi letupan kuat pada pukul 4 pagi.

“Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Padang Besar dan pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis digerakkan ke lokasi kejadian untuk menyiasat perkara tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati bahan letupan tersebut diperbuat daripada paip besi.

“Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan lanjut masih diteruskan,” ujarnya.

Beliau meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis atau mengganggu gugat ketenteraman awam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Harnizam di talian 011-555 1000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI