fbpx

Bimbang pencemaran, penduduk Felda tolak projek lupus sisa pepejal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK melakukan tinjauan di tapak pelupusan sisa pepejal sanitari yang akan dibina berhampiran Felda Lok Heng, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Bimbang me­ngundang masalah pencemaran, penduduk di gugusan Felda Lok Heng di sini menggesa agar projek pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal sanitari yang akan dibina berhampiran kampung itu agar tidak diteruskan.

Difahamkan projek yang sudah dibantah sebanyak tiga kali itu turut menjejaskan penduduk kampung berhampiran seperti gugusan Felda Waha dan juga Tanjung Sedili, ekoran projek berkenaan dibina di kawasan limbungan Hulu Sungai Sedili Kecil.

Seorang penduduk Lok Heng Timur, Rasid Che Harun, 49, berkata, tapak pelupusan sampah berkeluasan 180 hektar itu sangat tidak sesuai kerana berdekatan dengan kawasan penempatan penduduk.

Katanya, tapak terbabit ha­nya jarak 1 kilometer (km) dari tapak rumah generasi kedua Felda yang akan dibangunkan nanti.

“Memang kami membantah dan sangat tidak setuju dengan pembinaan tapak pelupusan sampah ini di Felda Lok Heng kerana ia akan memberi kesan bukan sahaja untuk pada jangka masa pendek, tetapi juga kesan jangka panjang.

“Dengan keluasan tapak sebesar 180 hektar, boleh ba­yangkan berapa banyak sampah yang akan dibuang di sini, dan kesannya bau busuk dan kehadiran lalat. Itu belum lagi pencemaran air bersih dan tali air yang mengalir terus ke Sungai Sedili Kecil.

“Sungai Sedili Kecil ini membekalkan air bersih ke loji te­rawat yang digunakan lebih 30,000 penduduk sekitar kawasan ini. Bayangkan impak jika ada pencemaran,” katanya ketika ditemui di tapak projek pelupusan sampah di Felda Lok Heng di sini, kelmarin.

Seorang penduduk, Lok Heng Barat yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Belia Felda wilayah Johor Bahru, Muhammad Firdaus Marju, 39, pula berkata, biarpun dijanjikan dengan penggunaan teknologi tinggi dan maju di tapak pelupusan sampah terbabit, pihaknya tetap membantah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI