fbpx

Projek loji rawatan kumbahan, paip pembentungan Ipoh dijangka siap November depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Nizar bercakap pada sidang akhbar di Ipoh hari ini.

IPOH – Projek loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian paip pembentungan di sekitar bandar raya ini dijangka siap November depan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, projek dilaksanakan kontraktor, Mangkubumi Sdn. Bhd. yang bermula 1 November 2015, kini telah mencapai kemajuan 98 peratus.

Katanya, projek itu merangkumi lapan lokasi iaitu dua di Jalan Tambun, Jalan Tingkat Taman Ipoh, Jalan Kelab Golf, Jalan Othman Talib, Jalan Bijih Timah, Jalan Batu Bungkal dan Jalan Kamaruddin Isa.

“Sepatutnya projek ini siap pada 12 September depan setelah pihak kontraktor diberi lanjutan tempoh masa sebanyak enam kali.

“Bagaimanapun, berdasarkan pelaksanaan projek di tapak, ia dijangka siap sepenuhnya pada November depan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Mohammad Nizar, kelewatan projek terutama melibatkan enam lokasi ekoran terdapat struktur bongkah batu bawah tanah di kawasan berkenaan.

Katanya, kelewatan itu bukan sahaja mengakibatkan aliran trafik teruk di kawasan sekitar malah menjadi punca kemalangan jalan raya.

“Kerajaan negeri mengambil maklum berkaitan pelan pengurusan trafik oleh pihak kontraktor di kawasan projek yang disifatkan amat teruk termasuk jumlah pemasangan papan tanda amaran dan kon terhad.

“Perkara ini yang menyebabkan banyak berlaku kemalangan jalan raya selain menimbulkan persepsi dalam kalangan orang ramai, tiada sebarang kerja-kerja pembinaan dilaksanakan pihak kontraktor,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga bersetuju dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bahawa kualiti bagi kerja-kerja tampalan oleh pihak kontraktor setelah projek siap adalah mengecewakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI