fbpx

Pelajar tingkatan 3 dipukul 7 remaja berebut ‘awek’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video tular menunjukkan sekumpulan tujuh remaja lelaki memukul seorang mangsa di Taman Bestari Indah, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Tujuh remaja lelaki termasuk seorang warganegara asing ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam satu kes pergaduhan di sebuah taman permainan di Taman Bestari Indah, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 14 hingga 17 tahun.

Menurut beliau, punca pergaduhan dipercayai kerana suspek utama yang berusia 15 tahun tidak berpuas hati kerana mangsa dikatakan bercinta dengan ‘awek’nya.

“Polis menerima laporan mangsa yang berusia 15 tahun pada pukul 4.09 petang semalam mengatakan dia ditendang, dipijak dan ditumbuk beberapa kali di bahagian badan, perut, tangan dan paha oleh tujuh remaja lain.

“Pengadu memaklumkan kejadian itu berlaku pada pukul 3 petang, 9 Ogos lalu. Akibat kejadian berkenaan, dia mengalami kecederaan lebam, bengkak dan sakit di beberapa bahagian tubuh badannya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Raub, bertindak atas maklumat pengadu, sepasukan polis telah membuat enam serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini dan berjaya menahan kesemua tujuh suspek, termasuk seorang remaja warga asing.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sehelai jersi, empat helai t-shirt dan satu telefon bimbit.

“Kesemua suspek akan dikenakan tahanan reman bagi membantu siasatan kes yang dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” ujarnya.

Raub turut meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi talian 07-2182323,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI