fbpx

Tiada petunjuk baharu kes penemuan bom kereta Siti Kasim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Objek ditemui pada tayar kereta Siti Kasim dipercayai bom jenis IED, 21 Julai lalu.

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang petunjuk baharu dikesan berhubung kes penemuan bom jenis Improvised Explosive Device (IED) yang dipasang pada kereta milik peguam dan aktivis sosial, Siti Kasim pada 21 Julai lalu.

Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat mengenal pasti individu yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Rakaman CCTV tidak menunjukkan kenderaan Siti Kasim didekati mana-mana individu yang boleh disyaki. Kita juga tidak menemukan sebarang cap jari pada kenderaan tersebut.

“Buat masa ini, kita tidak ada petunjuk untuk menjuruskan kepada sesiapa, namun siasatan masih dijalankan. Kes berkenaan tidak pernah ditutup.

“Kita harap sesiapa yang ada maklumat boleh panjangkan kepada pihak kita bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur serta Pengerusi Perkep Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai 13 individu terdiri daripada mangsa, rakan-rakan, mekanik dan pengawal keselamatan kediaman mangsa dirakamkan keterangan bagi membantu siasatan tersebut.

Menurut Shuhaily, pemeriksaan ke atas bahan letupan itu mendapati ia merupakan bom yang lengkap dan sempurna serta berisiko berlakunya letupan.

Siasatan bagaimanapun mendapati bom tersebut dalam keadaan ‘switch off’ (tertutup) dan untuk menghidupkannya ia perlu ditekan suis secara fizikal.

Polis yakin individu yang terbabit dalam kejadian itu mempunyai ilmu mengenai pembuatan bahan letupan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI