fbpx

Pensyarah rugi lebih setengah juta ditipu sindiket ‘phone scam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TANJUNG MALIM – Perubahan sikap kerap memegang telefon bimbit membongkar kisah seorang pensyarah wanita apabila diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon (phone scam) sehingga menyebabkan kerugian lebih setengah juta ringgit.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, wanita berusia 38 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri daripada syarikat penghantaran barang pada 3 Ogos lalu.

Katanya, suspek mendakwa mangsa mempunyai dua bungkusan mengandungi lima keping kad pengenalan, lima keping pasport dan lima keping kad bank atas nama orang lain.

“Panggilan kemudian disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Bukit Aman. Suspek yang menyamar polis memaklumkan mangsa terlibat dalam sindiket pengubahan wang haram dan pemerdagangan manusia.

“Malah, mangsa juga diberitahu terdapat notis waran tangkap atas namanya sebelum diarahkan membuat pindahan wang bagi tujuan semakan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, sejak 3 hingga 12 Ogos lalu, mangsa melakukan 25 kali transaksi ke dalam 16 akaun pemilik dengan jumlah keseluruhan RM537,659.89.

Mangsa hanya mengetahui dia diperdaya setelah ditegur suaminya kerana berubah sikap apabila kerap memegang telefon bimbit.

“Suami mangsa mengesan sesuatu yang tidak kena setelah wanita itu cuba meminjam wangnya untuk membuat bayaran kepada individu tertentu.

“Mangsa membuat laporan polis kelmarin dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI