fbpx

PRN: Razali tidak sangka tumbangkan Ahmad Said

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razali (tengah) dijulang penyokongnya sebaik diumumkan pemenang kerusi DUN Kijal di Dewan Sivik Kijal, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris tidak menyangka menjadi ‘giant killer’ menewaskan Pengerusi Barisan Nasional (DUN) Kijal,
Datuk Seri Ahmad Said di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Razali berkata, pertembungan satu lawan satu di DUN tersebut dianggap pertempuran yang sengit dan bukan mudah memandangkan bekas Menteri Besar Terengganu itu telah bertapak di DUN berkenaan sejak sembilan penggal lalu.

“Pada awalnya, saya rasa sedikit rendah diri dan tiada keyakinan untuk menentang Ahmad.

“Begitupun apabila jentera Pas, Bersatu dan Gerakan memberi kerjasama yang baik, makin lama saya makin yakin kita mampu memberi tentangan dan cipta kemenangan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Dalam pertembungan satu lawan satu, Razali menang bergaya dengan majoriti 3,758 undi apabila berjaya memperoleh 13,403 undi, manakala Ahmad pula mendapat 9,645 undi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI