fbpx

Pemancing terjatuh laut dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba di pos kawalan di Batu Kawan, hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut ketika memancing berhampiran sangkar ikan di Pulau Aman, Batu Kawan di sini, pagi tadi.

Mangsa, Mohammad Azali Mohd. Azrin, 28, sehingga kini dilaporkan masih gagal ditemui.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 11.42 pagi.

“Pasukan bomba bertindak menjalankan kerja-kerja cari lamat dengan kaedah ‘water surface searching’ di kawasan mangsa terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI