fbpx

Liverpool bida Caicedo, rekod termahal Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAICEDO merupakan pemain sasaran Chelsea sebelum Liverpool menyertai perebutan dengan menawarkan £110 juta kepada Brighton semalam. – AFP

LIVERPOOL – Liverpool bersetuju membeli pemain tengah Brighton, Moises Caicedo dengan harga £111 juta (RM647.22 juta), sekali gus memecahkan rekod perpindahan termahal Britain.

Brighton sebelum ini menolak beberapa tawaran daripada Chelsea yang mahukan khidmat Caicedo, 21, termasuk £80 juta (RM464.57 juta) minggu lalu kerana gagal menepati nilai £100 juta (RM583.08 juta) buat pemain Ecuador itu.

Bagaimanapun, The Reds mengambil langkah pantas dengan memenuhi permintaan Brighton bagi menyelesaikan krisis bahagian tengah selepas Jordan Henderson dan Fabinho berhijrah ke Liga Pro Arab Saudi.

Nilai tersebut sekali gus mengatasi harga mahal yang pernah dibayar Chelsea mendapatkan pemenang Piala Dunia 2022 bersama Argentina, Enzo Fernandez dari Benfica berjumlah £107 juta (RM623.89 juta) awal tahun ini.

Pengurus Brighton, Roberto De Zerbi pula sudah mencatur perancangan awal tanpa kelibat Caicedo musim ini apabila pemain itu tidak mengambil bahagian dalam aksi pramusim persahabatan menentang Rayo Vallecano minggu lalu.

Malah, Caicedo juga didakwa dengan sengaja tidak mahu menghadiri sesi latihan pasukan kerana sudah mempertimbangkan untuk berhijrah menyertai pasukan baharu musim ini.

Sebagai rekod, Caicedo menyertai Brighton daripada kelab Ecuador, Independiente del Valle dengan harga £4 juta (RM23.32 juta) pada 1 Februari 2021.

Kini, Caicedo akan kembali membuat reunion bersama Alexis Mac Allister di jentera tengah Liverpool dan membentuk gandingan mantap dengan seorang lagi pembelian baru, Dominik Szoboszlai. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI