fbpx

Wanita, kekasih dituduh bunuh budak lelaki di mahkamah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun ditemui mati dipercayai didera di Taman Panglima, Assam Kumbang di Taiping bulan lalu. - Foto WAT KAMAL ABAS/KOSMO!

TAIPING – Sepasang kekasih dipercayai terlibat dalam kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun di Taman Panglima, Assam Kumbang di sini akan didakwa di Mahkamah Taiping esok.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, wanita berusia 36 tahun yang merupakan ibu mangsa dan teman lelakinya akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

“Kedua-dua suspek itu ditahan pada 30 Julai lalu. Tempoh reman ke atas mereka dilanjutkan selama enam hari sehingga 12 Ogos ini untuk siasatan lanjut.

“Siasatan terperinci telah dijalankan dan mereka akan dituduh di Mahkamah Taiping esok,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia dengan kesan lebam pada seluruh badan dipercayai akibat didera.

Sehubungan itu, pihak polis menangkap ibu kandung mangsa bersama teman lelaki di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI