fbpx

Wan Rohimi tekad selesai isu saliran atasi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rohimi (baju hijau) menyantuni dan bergambar dengan masyarakat di DUN Melor semasa berkempen untuk menghadapi PRN di Ketereh semalam.

KOTA BHARU – Calon Pas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor, Wan Rohimi Wan Daud, 48, komited untuk menyelesaikan masalah saliran tersumbat yang menyebabkan banjir setiap kali musim tengkujuh.

Walaupun pilihan raya negeri itu merupakan penampilan pertamanya bertanding, Wan Rohimi yang merupakan anak jati Kampung Bechah Mulong itu bukan nama asing dengan keadaan persekitaran di DUN Melor.

Menurutnya, pengalaman selama 10 tahun sebagai Ahli Majlis Jawatankuasa Undang-Undang, Kerja-Kerja Am dan Lalu Lintas, Majlis Daerah Ketereh (MDK) menjadikannya faham mengenai masalah saliran di kawasan tersebut.

Katanya, pelbagai usaha penyelesaian telah dijalankan oleh pihak MDK dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor sebelum ini iaitu Allahyarham Dr. Md. Yusnan Yusof untuk mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut.

“Saya akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan sebelum ini. Beberapa buah kampung di DUN Melor terutamanya Kampung Padang Raja dan Kampung Sri Kulim dilihat paling terjejas banjir ketika dilanda hujan lebat kurang daripada dua jam.

“Air hujan bertakung di kawasan tersebut sehingga menyebabkan banjir kilat. Saya sudah mempunyai perancangan untuk menambah sistem saliran termasuk longkang dan membesarkan jalan di kawasan itu agar air tidak mudah bertakung,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Wan Rohimi memberitahu, perkara itu dapat dilaksanakan dengan perancangan dan pembangunan yang teliti di DUN Melor.

Katanya, jika diberi mandat sebagai ADUN selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), masalah berkaitan sistem saliran dan banjir di Melor menjadi perkara utama yang akan dibawa ke sidang DUN.

Dalam pada itu, Wan Rohimi yang juga seorang peguam berkata, selain kemajuan infrastruktur, beliau melihat pembangunan sahsiah masyarakat penduduk di DUN Melor menjadi elemen penting kepada pembentukan insaniah.

“Setakat ini, saya bersama Pas kawasan Ketereh menyediakan satu ruangan khas untuk kuliah agama di dua pasar tani di Peri­ngat dan pekan Melor di sini setiap dua kali seminggu.

“Ia merupakan salah satu kaedah terbaik untuk me­nyampaikan ilmu agama kepada masyarakat setempat di kawasan awam.

Selain itu, pegawai halaqah dalam DUN Melor juga banyak memberikan kuliah pelbagai topik di surau-surau di sini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI