fbpx

PRN: Saya takkan kembali kepada UMNO sekarang – Khairy Jamaluddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu bakar menegaskan beliau tidak akan kembali kepada UMNO buat masa ini.

Meskipun bekas Ketua Pemuda UMNO itu turun berkempen bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, beliau tetap dengan pendiriannya untuk tidak menyertai parti itu.

“Saya sokong Reezal Merican sebagai calon bukan (bukan sokong) BN-UMNO. Selagi UMNO dipenuhi dengan ‘political eunuchs’ yang mengamalkan rasuah, saya takkan kembali.

“Hidup Reezal untuk N.02 Bertam,” katanya menerusi hantaran di InstaStory selepas turun berkempen bersama Reezal Merican di pekan lama Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, selain Reezal Merican, Khairy turut turun berkempen untuk calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Jeram, Datuk Harrison Hassan di Selangor, kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI