fbpx

SPRM terima 11 laporan berkaitan PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Baki bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 27 Bilangan 2/2022 di Menara Penguatkuasa DBKL, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini menerima 11 laporan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan dua daripadanya dilaporkan di ibu pejabat, manakala sembilan lagi di negeri-negeri.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, maklumat yang diperolehi itu sedang proses dan dilihat sama ada memerlukan siasatan atau sebaliknya.

Menurutnya, berdasarkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu di bawah Seksyen 10, kuasa tersebut diberikan kepada SPRM yang mana ia digazetkan di bawah Akta SPRM 2009

“Jadi ia banyaklah antaranya perkara-perkara berkenaan pemberian wang, hadiah dan sebagainya kepada pengundi bagi tujuan menyokong atau undi calon. Ini merupakan kesalahan dan ini kesalahan lazim berlaku.

“Sehubungan itu, calon kena faham kerana undang-undang ini sudah ada sejak 1954 lagi. Saya percaya calon semua berpelajaran, ada pengetahuan tinggi kerana kalau tak, mereka tak bertanding pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 27 Bil 2/2022 (Penguasa P41) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI