fbpx

Dipecat kerana kurang menaip semasa kerja dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cheikho mendakwa tiada sebab yang sah mengenai pemecatannya. - LinkedIn/Getty

CANBERRA – Seorang wanita di Australia dipecat selepas sebuah perisian papan kekunci mendapati dia tidak menaip pada kadar yang mencukupi semasa bekerja dari rumah, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Suzie Cheikho berkata, dia terkejut selepas dipecat daripada syarikat Kumpulan Insurans Australia (IAG) setelah berkhidmat selama 18 tahun.

Bekas perunding itu ditugaskan untuk mencipta dokumen insurans, memenuhi garis masa kawal selia dan mengendalikan ‘tugas bekerja dari rumah’.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Kerja Adil (FWC) berkata, prestasi kerja di luar pejabatnya gagal memenuhi piawaian kerana terlepas tarikh akhir dan mesyuarat. 

Dia menghadapi semakan aktiviti siber yang meneliti kekerapan papan kekunci komputernya ditekan, selama tempoh 49 hari bekerja antara Oktober dan Disember 2022.

Susulan semakan itu, Cheikho direkodkan lewat bekerja selama 47 hari dan tidak bekerja pada waktu yang ditetapkan selama 44 hari. Dia juga didakwa selesai kerja awal selama 29 hari dan menjalankan sifar jam kerja selama empat hari.

Cheikho mempertikaikan dakwaan itu dan berkata, dia kadangkala menggunakan peranti lain untuk log masuk apabila mempunyai masalah sistem pada komputer ribanya.

Timbalan Presiden FWC, Thomas Roberts mengesahkan bahawa permohonan Cheikho untuk pemecatan tidak adil telah ditolak. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI