fbpx
Gambar hiasan.

Skim Perubatan Madani diperluas ke 11 daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Skim Perubatan Madani akan terus diperluaskan ke 11 daerah lain di mana pelaksanaannya merupakan sebagai salah satu inisiatif Bitara Madani bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan Kerajaan.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pelaksanaannya disasarkan bermula pada minggu kedua Ogos di empat daerah iaitu Kota Setar dan Kuala Muda di Kedah selain Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Terengganu.

“Seterusnya, daerah-daerah lain seperti Kota Bharu dan Pasir Mas di Kelantan selain Kuantan, Pahang; Melaka Tengah, Melaka; Seberang Perai, Pulau Pinang; Seremban, Negeri Sembilan dan Perlis yang akan bermula pada minggu keempat Ogos.

“Kementerian Kesihatan (KKM) dengan ini turut mengalu-alukan klinik perubatan swasta umum (GP) di daerah terlibat untuk mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan Madani bermula hari ini.

“Mereka boleh melayari laman sesawang ProtectHealth di www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani atau menghubungi talian 03-8687 2525 untuk mendaftar,” katanya dalam satu kenyataan tadi.

Katanya, Skim Perubatan Madani yang ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah dapat membantu meringankan beban kewangan rakyat dengan menampung kos rawatan kes-kes akut.

“Perkhidmatan percuma yang ditawarkan adalah seperti konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan di klinik perubatan swasta umum.

“Skim ini dijangka memberi manfaat kepada 700,000 isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM100 juta peruntukan bagi setiap isi rumah untuk separuh tahun kedua 2023 adalah sehingga RM250 bagi setiap isi rumah berkeluarga,” jelasnya.

Katanya, RM125 lagi pula bagi warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 bagi kategori bujang.

“Bagi memastikan akses mudah dan cepat, mereka yang layak hanya perlu membawa MyKad ke klinik panel Skim Perubatan Madani untuk menerima rawatan akut percuma.

“Sehingga kini, lebih dari 700 GP telah berdaftar sebagai klinik panel di bawah Skim Perubatan MADANI,” jelasnya.

Katanya, KKM akan terus komited dalam menyediakan dan menambahbaik penjagaan kesihatan berkualiti secara holistik dan mampan bagi meningkatkan kualiti hidup semua rakyat Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN