fbpx

PRN: Polis siasat kempen guna wang di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (kanan) semasa membuang undi awal di Pusat Taska, IPK Kelantan hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Polis Kelantan sedang menyiasat kes melibatkan penggunaan wang sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, selain itu, perbuatan khianat dan mengaibkan calon merupakan antara lapan kes yang sedang disiasat oleh polis.

“Polis ketika ini sedang dalam proses merakam percakapan individu terbabit untuk dihantar kepada pihak pendakwaan.

“Daripada jumlah tersebut, Kota Bharu menjadi penyumbang tertinggi bagi-kes tersebut selain Pasir Puteh dan Pasir Mas,” katanya kepada pemberita selepas membuang undi pada hari pengundian awal di Pusat Taska, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, perjalanan kempen pilihan raya yang memasuk fasa terakhir berlangsung dengan baik apabila pemimpin politik di negeri ini dilihat matang dalam kempen mereka.

Katanya, kebanyakan kempen dilakukan oleh jentera parti dari rumah ke rumah.

“Setakat ini tiada ceramah yang berlangsung dengan kehadiran pengunjung yang ramai. Pada masa sama, kita telah memberikan peringatan kepada calon dan wakil supaya mengikuti peraturan.

“Setakat ini, tiada sebarang linsiden yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh kempen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`