fbpx

PRN: Bukan 33, PN akan menang 36 kerusi di Selangor – Shahidan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahidan ketika berucap pada ceramah itu di Kampung Raja Musa, Kuala Selangor, malam tadi.

KUALA SELANGOR – Perikatan Nasional (PN) diyakini akan memenangi 36 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Sabtu ini.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, jumlah itu berdasarkan pemerhatian terbaharu dan pengalaman beliau sepanjang turun menyertai ceramah.

Menurut bekas Menteri Besar Perlis itu, keyakinan itu turut didorong hasil sokongan daripada pengundi Cina dan India.

“Kita mendapati kedua-dua kaum itu kini sudah nampak ‘mirip’ ke arah PN.

“Kalau mereka sudah menyokong, 36 kerusi itu kita menang kerana pengundi kawasan Melayu Insya-Allah (menang),” katanya ketika ditemui pada ceramah Restart Permatang, Ayuh Bangkit di Kampung Raja Musa di sini, malam tadi.

Terdahulu, beliau dalam ucapannya optimis Kedah, Kelantan dan Terengganu turut akan dimenangi PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN)

“Kedah kita dapat 36-0 (kerusi), Kelantan 45-0, Terengganu 35-0 manakala Pulau Pinang pula 50-50. Di Selangor Noh (Tan Sri Noh Omar) kata 33 (menang) dan saya kata 34. Namun, berdasarkan perkembangan terbaharu, saya kata 36,” ujarnya.

Sementara itu, Noh berkata, manifesto ditawarkan PN Selangor selaras dengan hasrat yang diperjuangkan beliau selama enam penggal menjadi Ahli Parlimen Tanjong Karang.

“Ia antaranya melibatkan kebajikan pesawah, petani dan nelayan yang masih memerlukan bantuan kerajaan negeri. Selain itu, saya sudah lama memperjuangkan penghapusan caj parkir dan penyediaan rumah bagi anak muda di daerah ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI