fbpx
Anwar ketika berkempen di Kelantan malam tadi.

PN tiada rekod kejayaan terpaksa guna naratif kaum – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Parti gabungan Kerajaan Perpaduan berkempen di Kedah, Terengganu dan Kelantan membawa cerita kejayaan dan rekod cemerlang Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,, Perikatan Nasional (PN) yang tidak ada kemampuan untuk mengangkat jalan cerita sama sekadar mencerca, menyampaikan sanggahan bersifat peribadi dan bangkitkan naratif kaum yang merosakkan.

“Ini kerana mereka telah terbukti gagal di negeri-negeri yang dikemudi mereka. Lantas, mereka memilih jalan yang membodohkan rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) meminta rakyat Kelantan membuat keputusan yang tepat demi kebaikan diri sendiri dan masa depan generasi penerus pada Sabtu ini.

Kata beliau, Kelantan masih ketinggalan dan daif daripada sudut penyediaan perkara dan hak asasi rakyat dan trend itu tidak seharusnya berlarutan kerana mereka mempunyai pilihan yang lebih baik iaitu PH dan Barisan Nasional (BN).

“Apakah adil untuk rakyat Kelantan terus dibiarkan jauh di belakang dan tenggelam dengan golongan yang mendabik dada tahu semua tetapi realitinya persis tikus membaiki labu?

“Justeru, saya berharap agar rakyat Kelantan dapat memberi dukungan kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus berkhidmat dan membawa perubahan ke negeri Kelantan.

“Jangan kita abaikan peluang dan tanggungjawab ini yang pastinya akan membawa kesejahteraan kepada rakyat Kelantan seluruhnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN