fbpx

Penunggang motosikal parah nahas dua lori di Serdang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SERDANG – Seorang penunggang motosikal parah dalam nahas kemalangan membabitkan dua buah lori di lampu isyarat Jalan Serdang Raya, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A Anbalagan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 1.15 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati, sebuah lori merempuh belakang lori lain jenis Daihatsu yang berhenti sewaktu lampu merah di lokasi kejadian.

“Akibat kemalangan itu, lori tersebut hilang kawalan sebelum merempuh tiang lampu serta sebuah motosikal jenis Suzuki menyebabkan penunggangnya terjatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Serdang di sini untuk menerima rawatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi atau orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta menghubungi Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI