fbpx

Pas dakwa Dasar Gaji Progresif ‘gula-gula’ pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fadhli.

PETALING JAYA – Pas mendakwa Dasar Gaji Progresif yang bakal diumumkan Kerajaan Perpaduan akan dianggap sebagai gula-gula pilihan raya susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Pas bagaimanapun tetap menyambut baik pengumuman itu jika ia mempunyai manfaat kepada penjawat awam.

“Khabarnya sehari dua ini akan ada pengumuman berhubung penambah baikan gaji penjawat awam. Walaupun ia tentu sekali akan dianggap sebagai gula-gula pilihan raya.

“Asalkan membawa kebaikan dan meringankan beban rakyat yang sangat tertekan hari ini, kita alu-alukan walaupun kerajaan sendiri mendakwa hutang negara tidak membenarkan kerajaan melakukan banyak inisiatif,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Kabinet akan membincangkan Dasar Gaji Progresif bagi memperhalusi pelaksanaannya secara berperingkat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ia juga bagi meneroka keperluan memperuntukkan dana sebagai insentif dasar yang ditentukan mengikut kedudukan kewangan kerajaan dan keperluan dasar.

“Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) berbincang mengenai cadangan Dasar Gaji Progresif sebagai satu anjakan ke arah memulihkan pasaran pekerja supaya gaji pekerja dapat ditingkatkan dengan lebih konsisten dan pengagihan gaji lebih seimbang.

“Dasar gaji progresif ini bersifat sukarela, berteraskan insentif dan terkait dengan produktiviti,” kata Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI