fbpx

JTG ambil tindakan undang-undang jualan 28 lot lidi di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan Pertama Dewan DUN Perlis Ke-15 di Kompleks DUN Perlis di Kangar, hari ini.

KANGAR – Jabatan Tanah dan Galian (JTG) Perlis mengambil tindakan undang-undang terhadap terhadap dua kes melibatkan jualan 28 lot lidi di negeri ini pada tahun ini.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, dua kes itu masing-masing melibatkan jualan enam lot lidi di Batu Bertangkup, Padang Besar dekat sini yang melibatkan tanah kerajaan dan 22 lot di Alor Redis, Arau, dekat sini melibatkan tanah individu.

“JTG negeri telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis dan mengarahkan tuan tanah untuk memulihkan keadaan tanah yang terlibat kepada syarat asal.

“Untuk makluman, dasar sedia ada yang terdapat di Perlis tidak membenarkan pecahan tanah lot lidi dilaksanakan dan ia bercanggah dengan peraturan digariskan Kanun Tanah Negara (KTN),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan Mohd. Ridzuan Hashim (Pas-Guar Sanji) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Katanya, lot lidi yang dijual secara tidak sah itu tidak boleh didaftarkan untuk pengeluaran hak milik dan akan memberikan kesan negatif kepada pembeli dan warisnya kelak.

“Kerajaan negeri menasihatkan penduduk Perlis agar tidak terlibat sama ada menjual atau membeli lot-lot lidi.

“Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah pembeli lot-lot lidi itu juga tidak akan mendapat hak milik seterusnya tidak boleh diwariskan kepada warisnya kelak,” ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd. Shukri memaklumkan bahawa kerajaan negeri meluluskan sebanyak 113 pemberimilikan tanah kepada pemohon pada tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI