fbpx

TMJ diperkenal kuih gandos, makanan tradisi orang Jawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MD. JAMIL menunjukkan cara membuat kuih gandos ketika ditemui di Kompleks Penghulh Mukim Ayer Hitam, Muar hari ini.

MUAR – Mungkin ramai generasi muda sekarang tidak mengenali kuih tradisi masyarakat Jawa, kuih gandos, malah ia boleh dikatakan hampir pupus apabila sudah jarang dimasak.

Disebabkan itu demontrasi memasak kuih tersebut dimasukkan dalam aktiviti Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 yang diketuai Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Malah, baginda sendiri turut menikmati kuih tersebut hari ini.

Menurut tukang masak, Md. Jamil Madran, 70, dia harap ada generasi muda berminat meneruskan tradisi itu kerana ia merupakan makanan turun-temurun masyarakat Jawa.

Katanya, menu istimewa itu dibuat menggunakan acuan khas daripada tembaga dan bahan-bahan terdiri daripada air kelapa, tepung gandum atau tepung beras, kelapa parut serta air sebelum dimasak dengan arang.

“Walaupun kali ini, hasrat saya untuk mempersembahkan hidangan itu kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak kesampaian, tetapi saya berbangga ia menjadi santapan Tunku Ismail,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Md. Jamil ditemui ketika KMJ 2023 yang singgah di Kompleks Penghulu Mukim Ayer Hitam, di sini yang mana konvoi diraja berkenaan menghabiskan masa 90 minit bermesra dengan penduduk setempat.

“Saya bersetuju memasak selepas melihat acuan berusia lebih 90 tahun yang dibuat daripada tembaga tidak digunakan. Saya cuba membuatnya bersama isteri (Misrupah Buhari) dan tidak sangka ia menjadi.

“Malah kini, jika ada majlis tertentu atau kenduri di kawasan Ayer Hitam, ada sahaja tempahan kuih ini sama ada untuk sarapan atau minum petang,” katanya.

Sementara itu, anak Md. Jamil, Fadzilatulhusna, 42, berkata, dia merancang akan mempopularkan semula kuih tersebut, namun akan meletakkan dengan nama ‘Takoyaki Jawa’.

Dalam pada itu, konvoi Keluarga Diraja Johor yang singgah di kompleks penghulu itu disertai Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim dan Datuk Dennis Muhammad Abdullah yang berkenaan menyaksikan permainan kawalan jauh.

Tunku Ismail yang tiba pukul 12 tengah hari itu disambut dengan paluan kompang daripada kumpulan Kompang Seri Sepadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.