fbpx

Penoreh getah didenda RM4,000 miliki dua laras senapang angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penoreh getah bakal dipenjara selepas mengaku bersalah atas dakwaan memiliki dua laras senapang angin tanpa lesen di sebuah taman perumahan, Jun lalu. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

TAMPIN – Seorang penoreh getah didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dua laras senapang angin tanpa lesen di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Selamat Rais, 58, membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 11 bulan jika gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan, pada 27 Jun lalu kira-kira pukul 10 malam di sebuah rumah di taman perumahan telah didapati dalam milikan tertuduh dua laras senapang angin tanpa lesen senjata atau permit senjata yang sah.

Tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Syuhada Mohd. Isa.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya menyatakan dia menanggung isterinya yang sakit dan hanya bekerja sebagai penoreh getah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI