fbpx

Kontinjen Pengakap Malaysia selamat di Korea – Wisma Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan cuaca panas di Korea. GAMBAR AFP

PUTRAJAYA – Kontinjen Pengakap Malaysia yang menyertai Jambori Pengakap Dunia ke-25 bermula 1 hingga 12 Ogos berada dalam keadaan selamat susulan cuaca panas yang agak melampau di Saemangeum, Repulik Korea.

Wisma Putra dalam kenyataan di sini berkata, kontinjen berkenaan melibatkan seramai 499 ahli terdiri daripada pengakap, guru pengiring dan pasukan sokongan.

“Menurut laporan awal, empat daripada kontinjen Malaysia telah mengalami masalah kesihatan seperti pening kepala, demam serta ruam. Kesemua mereka dilaporkan telah mendapat rawatan yang sewajarnya,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelas kenyataan itu, Kedutaan Malaysia di Seoul akan terus berhubung dengan wakil kontinjen Malaysia dan pihak penganjur untuk mendapatkan perkembangan semasa berhubung perkara tersebut.

Kontinjen Pengakap Malaysia yang menyertai Jambori Pengakap Dunia ke-25 di Saemangeum, Repulik Korea.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Seoul beralamat di 129, Dokseodang-ro (Hannam-dong) Yongsan-gu, Seoul, 04419.

“Orang ramai juga boleh menghubungi di talian +8222077-8600 atau email di [email protected],” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI