fbpx

Lelaki lemas ketika mandi di Sungai Lebir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi mayat mangsa dijumpai lemas selepas mandi bersama rakan-rakannya di Sungai lebir di Kampung Aring 6, Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Kegembiraaan seorang lelaki bermandi-manda bersama rakan-rakannya yang menyertai Program Jamboree Peminat 4X4 bertukar tragedi apabila dia tergelincir dan hanyut dibawa arus di Sungai Lebir dekat Kampung Aring 6 di sini, semalam.

Mayat mangsa, Mohd. Hanafiah Abd. Hamid, 54, ditemui kira-kira pukul 5.30 petang oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menerima maklumat daripada panggilan kecemasan pada pukul 5.17 petang

Katanya, anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati, mangsa tergelincir ketika mandi dan dihanyutkan arus sungai. Rakan-rakan mangsa cuba membantunya, namun gagal. Mangsa dijumpai kira-kira 13 minit berhampiran Kampung Aring 6 oleh anggota JBPM dan APM,” katanya.

Choon Foo memberitahu, hasil bedah siasat di Hospital Gua Musang mendapati, kematian mangsa berpunca daripada lemas dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Difahamkan, mangsa merupakan salah seorang peserta yang menyertai Program Jamboree Peminat 4X4 bermula semalam hingga 6 Ogos ini di Sungai Lebir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI