fbpx

Goretzka belum keluar senarai Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GORETZKA masih kekal menjadi antara calon pemain tengah yang masih diburu oleh United biarpun dikaitkan dengan beberapa pemain lain. - AFP

MANCHESTER – Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United masih belum mengibarkan bendera putih dalam usaha menandatangani khidmat pemain tengah Bayern Munich, Leon Goretzka pada jendela perpindahan kali ini.

Difahamkan, Goretzka telah diletakkan dalam pasaran pemain untuk dijual kerana gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama sejak kelab The Bavaria itu dikendalikan oleh Thomas Tuchel.

Pemain berusia 28 tahun itu terpaksa bersaing hebat dengan beberapa tonggak tengah lain seperti Joshua Kimmich dan Ryan Gravenberch selain pemain yang baharu ditandatangani daripada kelab Red Bull Leipzig, Konrad Laimer.

Goretzka yang menjadi tonggak utama skuad antarabangsa Jerman telah menyatakan keinginan untuk kekal bersaing dalam skuad utama Bayern walaupun mendapat perhatian United dan West Ham.

Tuchel sebelum ini sudah mengesahkan situasi yang dialami oleh Goretzka hampir sama dengan apa yang dilalui oleh pemain pertahanan, Lucas Hernandez yang telah pun dijual ke kelab Paris Saint-Germain (PSG) bulan lalu.

Kata Tuchel, pemain-pemain yang tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama diberi kebebasan untuk berhijrah atau kekal bersaing dalam skuad utama pada musim depan.

“Sama seperti Hernandez, pemain-pemain yang sudah diberitahu mereka tiada dalam perancangan pasukan boleh membuat keputusan masing-masing. Saingan dalam skuad utama musim depan sangat sengit dan tiada jaminan buat Goretzka,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI