fbpx

Suami bakar isteri direman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (dua dari kanan) ketika tiba di Mahkamah Butterworth, pagi tadi. Gambar oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN KOSMO!

SEBERANG PERAI – Pekerja ladang yang membakar isterinya dengan minyak petrol sehingga mangsa masih bertarung nyawa untuk hidup dalam kejadian di kawasan perumahan ladang kelapa sawit, Tasek Gelugor di Isnin lalu direman selama enam hari.

Terdahulu, suspek tiba di Mahakamah Majistret Butterworth kira-kira pukul 10.24 pagi. Dia yang memakai baju lokap berwarna jingga kelihatan bersahaja sebaik gambarnya dirakam kumpulan media.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, suspek direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 9 Ogos bagi membantu siasatan di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Keputusan ujian saringan air kencing suspek yang berusia 36 tahun itu didapati negatif daripada sebarang pengambilan bahan terlarang.

“Mangsa (isteri suspek) masih tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan menggunakan alat bantuan pernafasan. Satu pembedahan dijangka dilakukan ke atasnya petang ini,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam Isnin lalu, mangsa berusia 35 tahun dilaporkan melecur sehingga 27.5 peratus pada bahagian atas badan akibat kesan kebakaran menggunakan minyak petrol.

Susulan kejadian itu, suspek bertindak melarikan dari kawasan ladang dan berjaya diberkas semula semalam, selepas 63 jam menyembunyikan diri di sebuah rumah di Bukit Panchor, Nibong Tebal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI