fbpx

Gadis kemurungan cuba terjun berjaya diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menyelamatkan gadis yang cuba terjun di aras lima tempat letak kereta sebuah pusat membeli-belah di Seremban. - Foto ihsan polis

SEREMBAN – Seorang gadis yang dipercayai mengalami masalah kemurungan berjaya diselamatkan pihak polis daripada cubaan terjun dan membunuh diri dalam kejadian di aras lima tempat letak kereta sebuah pusat membeli-belah di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Arifai Tarawe berkata, pihak polis menerima maklumat orang awam berhubung kejadian melibatkan gadis berusia 20 tahun itu pada pukul 10 malam kelmarin.

“Apabila sampai di lokasi terdapat seorang gadis yang berada di bahagian tebing tempat letak kereta serta memberitahu ingin terjun dan membunuh diri.

“Pihak polis telah berusaha memujuk dan menenangkan gadis tersebut, namun dia enggan berganjak,” katanya kepada media di sini hari ini.

Arifai berkata, Ketua Polis Balai Jalan Campbell, Inspektor Adi Khusaini Saripudin akhirnya membuat keputusan menarik gadis tersebut sebelum berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Hasil siasatan mendapati punca kejadian berlaku disebabkan masalah kemurungan serta mangsa merupakan pesakit psikiatri,” katanya.

Beliau berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu boleh menghubungi Ketua Polis Balai Polis Jalan Campbell, Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-7707282 atau Balai Polis Jalan Campbell di talian 06- 7632722. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI