fbpx

[VIDEO] Terima mesej lucah, Riena Diana merajuk, padam gambar IG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIENA DIANA merajuk dengan komen-komen netizen sehingga memadam semua foto dalam Instagramnya.

PETALING JAYA – “Saya tidak akan malukan kedua ibu bapa dengan melakonkan babak ranjang.”

Demikian penegasan pelakon Riena Diana apabila menerima kecaman hebat selepas berkongsi dirinya bersedia untuk melakonkan babak panas dalam mana-mana naskhah lakonannya.

Kata Riena atau nama penuhnya Nur Qamarina Diana Zulreal, dia tidak akan tergamak melakukan babak ranjang secara membuta tuli tanpa meneliti skrip atau atas permintaan pengarah bagi menjaga nama baik ibu bapanya.

“Ya, saya akan buat jika pengarah minta tetapi dengan syarat tidak keterlaluan dan perlu ingat bahawa ini negara Islam, jadi memang tak akan ada aksi panas sebegitu.

“Ibu bapa saya masih lagi menonton drama lakonan saya dan tak akanlah hendak malukan mereka dengan melakukan babak tersebut,” katanya dalam InstaStory semalam.

Sementara itu, pelakon drama Kampung People itu mendedahkan menerima banyak mesej berbaur lucah dalam Instagtam sejak berkongsi kesediaannya melakonkan aksi panas.

“Anda semua memang tidak suka membaca sampai habis, hanya lihat tajuk dan laju sahaja tangan hendak menulis.

“Selepas artikel tersebut terbit, saya terima banyak mesej dan komen lucah seperti bertanya saya suka jenis ranjang bagaimana.

“Sekarang ini, saya merajuk dengan anda yang menulis komen. Disebabkan itu, saya padam semua gambar dalam akaun Instagram, tak mahu kongsi apa-apa lagi,” katanya lagi.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan Riena sedia menjayakan adegan ranjang dalam lakonan andai diminta berbuat demikian bagi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang aktres.

Jelasnya, babak yang dimaksudkannya bukan sekadar penyendal atau modal menarik penonton, sebaliknya perlu menjadi penguat plot cerita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI