fbpx

Tiada unsur kempen, polis kesan penyebar ucapan Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Polis mengesahkan tiada unsur kempen politik berhubung ucapan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang dekat sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia hasil penelitian terhadap rakaman video berdurasi 12 minit berhubung ucapan Fahmi di masjid berkenaan.

“Dalam tempoh 12 minit ucapan menteri adalah penerangan berkaitan kumpulan muzik The 1975. Kita telah memanggil lapan saksi termasuk pengadu dan mereka yang hadir bersama ucapan itu dibuat” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Jelas beliau, pihaknya telah mengenal pasti pemilik akaun yang menyebarkan video tersebut dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan kerana membuat kenyataan tidak benar atau hasutan.

Ketika ditanya sama polis telah mengambil keterangan Fahmi, Hussien menegaskan pihaknya belum memanggil Menteri Komunikasi dan Digital untuk tujuan tersebut.

“Tindakan kesalahan kepada orang yang menyebarkan berita itu. Perkara benar okey tetapi yang memfitnah adalah sesuatu kesalahan dibawah jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sebanyak 272 laporan polis telah diterima dengan tujuh kertas siasatan telah dibuka sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

“Ini termasuk satu kejadian mencuri bendera kempen yang berlaku di Tanjung Sepat. Kebanyakan kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI