fbpx

Fahmi Fadzil disiasat bawah Akta Komunikasi, Kanun Keseksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

SERDANG – Polis membuka kertas siasatan berhubung laporan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berucap di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang, Kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kita telah mendapat rakaman perkara yang diucapkan dalam masjid tersebut.

“Pihak polis sedang teliti (rakaman) dan akan beri maklum balas dalam masa terdekat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia (AKM) 1998,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perbarisan Ulang Tahun ke-7 Polis Bantuan Sime Darby Property Berhad, di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia, di sini, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan menerima aduan Fahmi Fadzil berucap di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dilaporkan berkata, siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama.

Sebelum ini, tular gambar Fahmi di media sosial ketika berucap di ruang solat utama di sebuah masjid di Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang.

Bagaimanapun Fahmi menerusi Facebooknya menafikan dakwaan bahawa beliau telah berkempen di masjid berkenaan.

Sebaliknya Fahmi memberitahu bahawa beliau singgah di situ untuk menunaikan solat zuhur kerana ia masjid paling dekat dengan lokasi program seterusnya.

Beliau turut memberitahu dijemput oleh kariah masjid bagi mengulas isu kumpulan The 1975 ketika berada di masjid tersebut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI