fbpx
Gambar hiasan

Polis tunggu arahan AGC kes tembak di Durian Tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung insiden tembakan yang mengorbankan tiga individu di Durian Tunggal, Melaka pada November lalu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, siasatan kes itu sudah lengkap dan kini menunggu semakan serta arahan lanjut daripada pihak AGC.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara minggu lalu dan kita kini menunggu arahan serta nasihat lanjut daripada mereka. Perkara itu kini dalam kajian pihak Jabatan Peguam Negara,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Menurut beliau, pihak polis tidak dapat mengulas lanjut termasuk berhubung sebarang cadangan pertuduhan terhadap mana-mana individu.

Katanya, keputusan seterusnya bergantung sepenuhnya kepada arahan dan nasihat daripada AGC.

Sebelum ini, media melaporkan AGC sedang meneliti kertas siasatan kes tembakan yang menyebabkan tiga kematian di Durian Tunggal, Melaka pada November tahun lalu.

AGC dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah diberi taklimat mengenai perkembangan siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut kenyataan itu, penelitian dibuat secara menyeluruh bagi menentukan tindakan lanjut yang wajar, jika perlu.

AGC turut memberi jaminan bahawa sebarang keputusan pendakwaan akan dibuat berdasarkan undang-undang serta keterangan, demi memastikan keadilan kepada semua pihak terpelihara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN