fbpx

Calon BN Jeram Padang mungkin kempen secara maya – Jalaluddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalaluddin ketika menziarahi Mohd Zaidy di Hospital Jempol, di sini, hari ini.

JEMPOL – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir bakal berkempen secara maya berikutan mengalami patah kaki selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Pasir Besar-Palong, Tampin, awal pagi tadi.

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, perkara itu tidak mendatangkan masalah kepada calon BN itu berikutan beliau boleh memanfaatkan teknologi sedia ada bagi berkempen.

“Saya baru menziarahi Datuk Zaidy, calon bagi DUN Jeram Padang, beliau agak stabil tak ada perkara yang serius, cuma kakinya patah dan saya tidak fikir beliau boleh berkempen secara agresif bagi tempoh 11 hari ini.

“Itu tidak mendatangkan masalah kepqda calon BN kerana selain beliau boleh melakukan kempen dengan pendekatan secara maya. Saya tidak risau sangat cumanya yang agak kuathir pemandunya yang agak kritikal. Sama-sama doakan beliau (pemandu) sembuh,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Mohd. Zaidy terbabit dalam kemalangan di Jalan Pasir Besar-Palong, Tampin, kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Dalam pada itu, Jalaluddin yang juga calon BN bagi DUN Pertang menasihatkan kesemua calon baik dari BN, Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN) untuk menjadikan insiden berkenaan sebagai satu iktibar untuk menjaga kesihatan dan keselamatan.

“Waktu-waktu sebegini kurang rehat untuk setiap calon, letih dan sebagianya. Jadi jangan ambil mudah soal keselamatan, kesihatan. Betul kita berkempen semaksima mungkin tetapi dalam soal keselamatan tidak boleh berkompromi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI