fbpx

PRN: Wanita dalam idah boleh keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naim (tengah) ketika menyampaikan sumbangan Bayt Al-Rahmah dan bantuan kewangan perniagaan berjumlah RM3,000 kepada keluarga Norazman Yang Hazali di Simpang Taiping hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS/KOSMO!

TAIPING – Adab tutur kata serta perilaku perlu dijaga sepanjang tempoh berkempen agar tidak menjadi punca kepada perbalahan dan memecah belahkan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Naim Mokhtar berkata, agama Islam mengutamakan pengamalan adab dalam setiap tindak-tanduk yang dilakukan termasuk apabila bercakap.

“Dalam konteks berkempen, semua calon tanpa mengira parti perlu menjaga adab ketika bercakap semasa berkempen pada orang ramai.

“Walaupun berbeza pandangan dan ideologi politik, namun peliharalah mulut daripada bercakap yang sia-sia,mengeluarkan fitnah atau tuduhan yang tidak berasas yang boleh menjadi penyebab kepada berpecah belah dalam kalangan masyarakat,” katanya di sini hari ini.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Bayt Al-Rahmah dan bantuan kewangan perniagaan berjumlah RM3,000 kepada keluarga Norazman Yang Hazali di Simpang Taiping di sini.

Tegasnya, semua pihak yang bertanding mestilah berkempen secara sihat dan tidak melakukan sebarang bentuk fitnah.

“Adab perlu dijaga dan jangan sesekali menjatuhkan maruah serta harga diri mana-mana individu.

“Adalah lebih baik masing-masing mengetengahkan program-program tawaran yang hendak dilaksanakan atau segala polisi dasar kebaikan yang hendak diberikan kepada rakyat semasa tempoh berkempen ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI